18 June 2009

KEMASKINI LAMPU ISYARAT JUNE 2009

10 Jun 2009
Pejabat Datuk Bandar
Dewan Bandara Kuala Lumpur
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
UP: En. Shaari Bin Ahmad Junid
Tuan,

PEMASANGAN SISTEM LAMPU ISYARAT LALULINTAS DI PERSIMPANGAN LEBUHRAYA BUKIT JALIL/JALAN TAMAN PUNCAK JALIL, KUALA LUMPUR- Jalan Bukit Jalil Indah Satu yang masih ditutup
Merujuk kepada perkara diatas, saya bagi pihak penduduk Taman Puncak Jalil dan kawasan sekitarnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diatas pemasangan lampu isyarat tersebut dan lampu isyarat telah pun berfungsi dan dibuka untuk kegunaan orang ramai pada hari Selasa, 9 Jun 2009, jam 10.30 pagi.
Walaubagaimanapun kami penduduk Taman Puncak Jalil tidak dapat menggunakan Lampu Isyarat ini kerana jalan penghubung diantara taman perumahan kami ke lokasi lampu isyarat belum lagi dibuka. Jalan penghubung yang kami maksudkan ialah JALAN BUKIT JALIL INDAH SATU, yang mana jalan ini berada di dalam kawasan Perumahan Angakatan Tentera Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. (lakaran lokasi jalan dilampirkan bersama surat ini)
Kami sangat berharap jalan ini dapat dibuka dengan segera bagi membolehkan kami mengunakan lampu isyarat tersebut. Segala usaha dan bantuan pihak Tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima kasih

PPTPJ / PPJP1_TPJ