15 July 2010

STATUS PEMILIKAN INDIVIDU

akan dikemaskini

PROGRAM KITAR SEMULA - LET'S GO GREEN

PENGUMPULAN DAN KUTIPAN BERIKUTNYA ADALAH PADA
25HB JUN 2010 (AHAD)
(JAM 9 - 11AM)
BARANGAN LAIN BOLEH DIKUMPUL : BATERI KERETA/MOTOR,CPU & ALUMINIUM
-KESEDARAN AWAL KEPADA ANAK / REMAJA ADALAH DIGALAKKAN
T.KASIH
LOKASI SPT DIBAWAH

08 July 2010

19 June 2010

PROGRAM PPJPUJ1 - 27HB JUN 2010

PROGRAM YABG AKAN DI ADAKAN
(FLYER & PERADUAN MEWARNA RIDSECT UNTUK KANAK2 AKAN DIEDARKAN)

























CONTOH PELEKAT KENDERAAN YANG AKAN DIAGIHKAN PADA AHLI PPJPUJ1

10 May 2010

BADMINTON PERSAHABATAN






Tahniah buat Kelab Badminton PUJ1 kerana telah berjaya menganjurkan perlawanan persahabatan menentang pasukan FINAS pada 7 Mei 2010.
Biarpun bermain di gelanggang yang menjadi venue latihan setiap Jumaat, nyata bukan kelebihan buat PUJ1.
Pasukan PUJ1 bermula baik dengan kemenangan bergu pertama yang diwakili Azmi/Anuar. Mendapat tentangan sengit pada set pertama namun set kedua lebih mudah buat bergu PUJ1 memperolehi mata pertama pasukan.
Namun bergu kedua PUJ1 (Jai/Zureen) gagal memberi saingan kepada bergu kedua FINAS apabila tewas 2-0 untuk kedudukan 1-1.
Bergu ketiga PUJ1 (Hairi/Rizal) juga tewas biarpun memberi tentangan sengit pada set pertama.
Kedudukan PUJ1 semakin genting apabila regu keempat (Rizal/Sharani) juga tewas. Namun kebangkitan pasukan PUJ1 mula menjelma apabila regu Rosli/Eddei mencatatkan kemenangan diluar jangkaan. Biarpun tidak diletakkan harapan tinggi bergu ini mempamerkan semangat juang tinggi untuk mencatat kemenangan 2-0.
Kedudukan 2-3 menyaksikan bergu harapan PUJ1 (Zahar/Ust Zamri) nyata tidak mengecewakan. Dianggap perlawanan paling sengit malam tersebut, pasangan PUJ1 cukup bersemangat. Perlawanan rancak yang dipamerkan akhirnya menyebelahi bergu PUJ1 untuk mencatat kemenangan bergaya 2-0.
Terikat pada kedudukan 3-3 bergu terakhir PUJ1 (Zul/Zaini) yang digandingkan saat-saat akhir nyata gagal mempamerkan persefahaman yang jitu. Keputusannya bergu PUJ1 tewas mudah untuk memberi keputusan muktamad PUJ1 3 – FINAS 4.
Apapun perlawanan kali ini antara yang terbaik disertai PUJ1 setelah dua perlawanan persahabatan yang terdahulu.
1. PUJ1 vs BERNAMA (menang)
2. PUJ1 vs Setiawangsa (Kalah)

Tahniah buat semua yang terlibat. Kesungguhan yang ditunjukkan dalam usaha menyemarakkan aktiviti riadah di PUJ1 cukup dihargai. Terima kasih juga buat Saudara Jamaluddin (DinBlack) yang telah berjaya mengatur sesi perlawanan persahabatan ini dan juga makan-makan.
Buat Kapten pasukan Badminton PUJ1, saudara Zaini, teruskan kepimpinan anda.
Kepada yang berminat sesi latihan badminton PUJ1 diadakan pada setiap Jumaat, 10 malam hingga 12 tengah malam.

Nantikan kemunculan Pasukan PUJ1 pada kejohanan Futsal Rentap Putrajaya pada 15 dan 16 Mei 2010.
Sokongan dari semua amat di alu-alukan. Majulah Sukan di PUJ1!